SELAMAT DATANG UTK KORANG...

blog untuk kita semua

Thursday 9 April 2015

Penyakit Gout – Tanda, Rawatan Dan Pencegahannya


Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.



Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

TANDA GOUT

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


KOMPLIKASI

Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
Kegemukan
Darah tinggi
Hiperlipidemia
Diabetes


ELAKKAN MAKAN
Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
Ikan bilis, kembung, sardin
Daging cincang
Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang



PENCEGAHAN

Rehatkan sendi semasa serangan gout.
Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
Mengelakkan minuman keras
Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
Minum banyak air
Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.



Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan anda untuk kesihatan, cubalah makan beberapa atau semua jenis makanan berikut yang dikenali dapat membantu dengan sakit gout dan merendahkan tahap asid urik.



1. PERASA & REMPAH

Cuka epal cider (Apple Cider Vinegar) berupaya menghancurkan/melarutkan/membubarkan kristal asid urik dengan menukar ph darah kepada keadaan yang lebih alkali.
Tambah 1/3 cawan halia yang telah dikisar dalam tab mandi untuk menggalakkan badan berpeluh dan membuang asid urik dari sistem badan. Ingat untuk bilas selepas mandi anda untuk mengeluarkan sebarang sisa dari halia untuk melindungi kulit anda.


2. SAYUR-SAYURAN.

Alfalfa tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.
Daun pasli adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.


3. BIJIRIN KECIL.

Dr Theodore A. Baroody mencadangkan dalam bukunya, “Alkalinize or Die” bahawa penghidap gout boleh makan bijirin kecil yang beralkali untuk membantu dalam penyingkiran asid urik. Bijirin itu adalah cous cous, amaranth dan millet.

Cuba dapatkan di kedai-kedai makanan kesihatan, ia boleh disediakan dalam kaedah yang sama seperti beras dan adalah alternatif yang lazat untuk beras dan pasta. Boleh juga menggunakan resipi-resipi yang lain.



4. HERBA

Black cohosh mengawal keasidan darah dan membantu melarutkan asid urik membuat ia lebih mudah untuk dihapuskan.
Bilberry tinggi kandungan flavanoids, sejenis pigmen larut air yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-oksida.
Teh Buchu (Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika Selatan) membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi dan buah pinggang serta aliran darah anda.
Devil’s claw adalah ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah. Ambil 400 mg ekstrak keringnya 3 kali sehari seperti yang diperlukan untuk kesihatan.
Biji saderi (Celery seeds) melegakan gout dengan mengeluarkan asid urik dari badan. Biji saderi mengandungi kira-kira 20 agen anti-radang yang berbeza. Dos yang disyorkan adalah 500 mg, 2 kali sehari. Amaran: Wanita hamil dan orang yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana biji saderi adalah diuretik yang kuat dan boleh memburukkan lagi penyakit buah pinggang.


5. PRODUK TENUSU

Menurut 1 kajian analisis kesan susu dari lembu, kerbau atau bison, pada tahap asid urik 6 peserta yang sihat. Selepas minum susu, kandungan asid urik air kencing peserta meningkat sehingga 38% berbanding dengan jumlah mereka keluarkan selepas minum air. Untuk manfaat kesihatan yang berpotensi sama, susu rendah lemak boleh juga digunakan selalu. Produk susu rendah lemak, seperti yogurt, boleh memberi manfaat kesihatan yang sama.

Produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju kotej (cottage cheese), membekalkan kalsium dan vitamin D untuk tulang yang kuat dan protein. Menurut laporan yang disiarkan dalam “Pemakanan dan Penyakit reumatik” pada tahun 2008, produk tenusu mempunyai “kesan klinikal yang bermakna” dalam mengurangkan asid urik. Oleh kerana susu dan keju biasa tinggi lemak tepu, selalulah pilih versi rendah lemak.

Produk tenusu, termasuk susu, keju dan yogurt, boleh membantu mengurangkan paras asid urik dalam badan anda, membawa kepada penurunan risiko untuk gout. Sebagai cecair, susu/susu rendah lemak boleh membantu badan anda mengepam asid urik yang berlebihan keluar melalui air kencing. Sasarkan 16-24 oz minum susu setiap hari.

Makan bijirin sarapan pagi anda dengan susu rendah lemak dan minum susu rendah lemak dan bukannya minuman ringan (minuman ringan adalah salah satu penyumbang peningkatan asid urik) atau minuman beralkohol untuk manafaat yang tinggi.

Tq utk blog ni atas perkongsian yg hebat..

Utk bro badri,bro shahrul n bro nusi...try la tips2 ni..mana tau nk betul nk jd baik..

Adios...



Sunday 14 July 2013

Terima Kasih SKDC

assalamualaikum....
          selamat malam....n selamat bersahur kepada muslimin n muslimat yg akan start "ngap" kejap lagi...
          kepada seluruh warga SKDC plak...selamat maju jaya utk kamu semua. kenangan best bersama korang...sgt indah n osem. sungguh pom hanya beberapa bulan bersama korang...percayalah...warna2 indah tu sungguh susah nk pudar. alamak...macam terlalu puitis pulok...tp...sebetulnya memang begitu...
          trimas bebanyak dengan kenangan yg korang berikan. tanpa perlu nk sembunyi2...memang harus akui bahawa hati masih ingin bersama kalian..
          nah...amek lah satu video xbrapa senonoh..ikhlas..direct dari hati..utk korang. eerrr erti xsnonoh adalah sbb video nie dibuat dlm keadaan begitu kelam kabut. apapom..harap ini adalah sesuatu yg bleh sama2 kita jadikan sebuah kisah klasik utk masa depan..
          trimas lg sekali...maaf saya mohon dari semua sepanjang keberadaan sy di SKDC. halalkan setiap suap dan titik makan minum sy..n doakan juga kebaikan utk saya. kepada anak2 murid semua...korang memang best...cuma kadang korang lupa nk mandi pagi...hehehe! tu...gurau....
          i'allah...dgn izin-Nya...satu ari nnt..kita jumpa lagi...



p/s: xkn lupakan korang...

Saturday 25 May 2013

Mendaki Ke Puncak

assalamualaikum kamo2 sume...
          itu ari dh ada citer ttg barang2 yg perlu kita nk kena bawak masa nk panjat kinabalu...jd ari nie aku taruk citer ttg dh sampai puncak gunung kinabalu la plak...bleh kan?tq...
          *kalo bleh korang bukak baju, kuatkan ekon...or lajukan lg kipas bilik...nnt baru ada datang feel "sejuk" mcm kt puncak kinabalu. eerrr...dh...cukup sensor tu...
          masa g gunung kinabalu itu ari...aku n semua pendaki mestilah mendaki dari satu tempat yang namanya Pintu Timpohon..kat situ lah kiranya segalanya bermula. dari situ..segala mental dan fizikal haruslah kena kuat sebab kalo korang xbrapa ada ati nk mendaki...or mgkin ikut mendaki tu sebab nk jaga ati sapa2...kemungkinan utk berlaku kecederaan tu teramat la besar...or big if we wanna speak english lah...yao...
           sepanjang jalan dari Pintu Timpohon nk tuju ke check point tu nnt..mcm2 la perasaan n ke"beliak"an mata yg akan kita alami. ngan jalan yg agak mencabar...n dada yg rasa mcm ada sempit skit....prasaan give up tu muncul kadang2. tp jgn salah faham...perasaan teruja kita akan mengatasi semua yg lain2. ok...dh sampai check point...namanya Laban Rata...lega...
          xjauh pom sebenarnya kita perlu menapak dari Timpohon Gate ke Laban Rata nie..6km saja. tp almaklumlah...jalan menaik....xsesekali sama ngan jalan rata...stamina pom kena lebih...jantung mau besar....besar lagi....lagi....ok cukup...
          kt Laban Rata nie...mmg sungguh seperti mana di beritahu...air nya amatlah sejuk..nk beristinjak pom pk 198 kali..rasa2 baik beku je benda "tut" kt dlm "tut" buat seketika. cuba2 la bawak tisu basah kalo korang juga ada plan nk ke sana....in sha allah setel hajat korang. errr...tp bab solat...kalo bleh jgn tinggal aaa....air sejuk tu sebenarnya sgt bukan alasan....
          pukul 1.45 pagi....kitorang bangun n sarapan...awal giler mkn. rupa2nya mmg kitorang kena mendaki ke puncak gunung kinabalu pukul 2 pagi. knapa??knapa??sebab nnt dpt tgk matahari terbit dari atas...n masa pom nnt xterlalu suntuk utk kita terus turun ke kaki bukit....semua kena setel skali terus...
          pendakian ke puncak nie lah sebenarnya cabaran yg betul2 aku rasa k.o= kok. cuaca yg super sejuk...n mengantuk...gabungan 2 rasa nie bleh wt rasa penat yg unlimited. setiap 10-20 langkah...mesti aku baring dulu kt batu2 sekitar situ...bleh sempat tertido...heavy betul rasa.
          itu sebab aku ada bawak satu senjata rahasia...a.k.a cokolat cloud 9....Satu cokolat yg menggabungkan karamel lazat sempurna, kacang segar panggang dan nougat lembut yg mendesak untuk disaluti dengan coklat yg kaya raya...fuh ayat. tp mmg betul...cokolat ini kiranya dapat memberikan tenaga dengan kadar yg segera sbb cokolat nie mengandungi theobromine. kalo tgk sejarah dulu2 pom...kaum maya gunakan coklat untuk mengubati keletihan. mean betul la benda nie bleh bagi tenaga....selain dapat mengaktifkan rahang kita sepanjang pendakian...xde la boring sgt. tp yg lagi penting...cokolat mengandungi seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant). pernah dengar x “makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah“?jd bila kat atas sana...xmustahil juga bleh stress sbb bila  kita dh penat...mental juga down. dh kunyah Cloud 9...terus bleh gelak2 jahat n sebut "hahahahaha...aku nk panjat sampai atas".....
          kalo nk beli plak...sesuai gak amek yg party pack...murah je pom...untung sbb ada banyak dalam tu (rasanya 20). masukkan dalam beg...n tersedialah bila2 masa korang nk "kekoh". tp jgn blom lg sampai sana cokolat tu dh abis...sapa tau...benda sedap...
          n kt bawah nie ada sekeping 2 gambar kt Laban Rata n kt puncak Gunung Kinabalu...meh kita layan..
         
         
sepanjang jalan kita nk ke Laban Rata tu nnt..akan jumpa banyak la papan tanda mcm nie...ini mmbawak maksud lg 3 km korang perlu menapak utk sampai ke Laban Rata

dgn brader2 nie pom akan selalu kita terserempak...ada gak sorang 2 yg aku tanya brapa berat barang yg diorg pikul...paling sikit 30 kg. otot betis diorang besar durian tu...
        
papan tanda Laban Rata...satu papan tanda yg merembeskan asid lactic dalam badan...lega rasa. rupanya esok lg azab..
keadaan sejuk giler kentang kt sini mengharuskan kita utk pakai baju tebal2. rokok pom xyah isap...otomatik ada asap kluar dari molot korang. eerrr...mamat mana nie?

nampak x?kitorang bleh cantum kan duit ngan gunung...
posing mcm poyo...tp penat x hengat. gambar jumpa dlm intenet je...xde kaitan ngan sapa2..

 p/s: sayangi negara kita...org luar negara datang ke Tanah Melayu sebab negara mereka xde banyak yg kita ada (pening). kita yg dh aman damai...asyik duk pk nk porak perandakan negara je. bukan kah perjuangan juga adalah satu seni...maka guna lah seni tu untuk berjuang mengikut apa yg korang rasa betul. em....kak ton comel x?







Friday 17 May 2013

Selamat Hari Guru Cikguuu..

          tahukah anda...apabila 2 ekor lembu jantan bergaduh untuk berebut kawasan...then 2 ekor tu akan saling laga2kan tanduk antara satu sama lain dengan kuat. "laga"kan yg kuat tersebut mampu membuatkan 2 ekor lembu jantan tu berasa pening n menghasilkan putaran bintang sebanyak 16 bijik di atas kepala mereka secara maya.....
          tahukah jugak anda..kalo dah bertahun anda x bersenam...dan tetiba ada plak member sekampung dh siap parking motor depan rumah utk ajak anda mendamaikan 2 ekor lembu jantan yg asyik asyik bangat aaahhh bergaduh....dahaga yg bakal anda alami sekiranya anda join aktiviti itu tadi xkan dapat dihilangkan walaupun anda meminum 16 tegukan air masak secara non-stop.
          tahukah anda...paras air masak di dalam jag dikebanyakan rumah di seluruh negara akan selalu kehabisan apabila tiba bulan mei....ini kerana keadaan cuaca yg panas dan kurangnya taburan hujan pada bulan ini.
          tahukah anda...hari ke-16 dalam bulan Mei adalah hari yg amat bermakna untuk semua guru di malaysia
          tahukah anda....guru adalah spesis di dalam kategori mamalia kerana guru adalah berdarah panas dan membiak dengan melahirkan anak.mamalia yg bernama guru ini makan, minum, beristinjak,ber organisasi dalam masyarakat dll..sama seperti anda yg juga adalah mamalia.yg paling nyata..mamalia yg dipanggil guru ini punyai perasaan. mereka akan rasa sgt seronok kalo ada mamalia lain yg dipanggil anak murid menghargai mereka.
          tahukah anda....untuk menghargai guru pada hari guru..tidaklah memerlukan hadiah yg hebat dan banyak...ianya hanyalah memerlukan kekuatan dalaman anda utk menyatakan "terima kasih cikgu" yg betul2 datangnya dari lubuk hati yg paling cool.
          tahukah anda...hadiah paling hebat kepada seorg guru adalah apabila murid menyatakan "dia adalah guru sy yg terbaik".
          tahukah anda lagi.....lembu jantan tidak pernah mempunyai guru kerana beliau tidak pernah mendaftar masuk sebagai pelajar di mana2 sekolah.
          tahukah anda...disebabkan tidak pernah bersekolah dan tidak pernah belajar tentang nilai2 kebaikan...maka lembu2 jantan ini akan selalu bergaduh untuk berebut kawasan.
          dan tahukah anda...sekiranya anda tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada mana2 guru anda...anda juga selayaknya dikategorikan sebagai lembu jantan. lembu jantan??yes....hanya tau tunjuk samseng...dan langgar semua benda...janji nampak ganas....
           tahukah anda....untuk tidak nampak ganas...anda mesti dengar n hayati lagu nie....


       
cikgu...dalam tugas...mereka mampu menjadi apa saja....

cikgu...dalam marah....mereka juga adalah penghibur...

cikgu...dalam tegas...meraka adalah sang pemberi...

cikgu...terima kasih...
 p/s:igt lagi sorg cikgu yg bagi aku ATP (adenosine tri-phosphate)..supliment sukan time skolah dulu...time tu duk pk cikgu nie pernah jadik doktor ke?bukan stakat doktor rupanya...cikgu boleh jadi segala macam watak. cikgu....very the terima kasih....

Monday 13 May 2013

Gotong Royong Bersih Masjid.....

assalamualaikum wbt..
          aaaahh...selamat malam dan selamat memujuk mata kepada sesapa saje yang masih xboleh tidoq. boleh juga kalo korang try titik minyak hitam atau tampal ngan simen rumah...yelah..mana tau nak ada feel gelap...baru datang rasa ngantuk...ye x?
          ada sikit masa nie sebelum tido nie...jd aku nk kongsi skit tentang aktiviti yg dh pom kitorang jalankan pada ari sabtu yg lepas. kitorang disini bermakna aku n kengkawan dan murid2 SKDC dan (brapa byk dan aaa) penduduk kg Durian Chondong.yeah...kitorang membersihkan kawasan masjid dan kawasan- kawsan yg sama waktu dengannyeeeeerr...
          aktiviti bermoral dan di sukai ramai macam susu pekat cap junjung ni telah membuatkan kawasan masjid kg kami menjadi lebih berseri. sebelom nie dh berseri dh sebenarnya...kiranya kami tambahkan lagi sikit. eeerrrr...ok what?
          maka...bersempena dgn itu...marilah kita sama2 tengok gambar kami "keluarga" Durian Chondong menjalankan aktiviti yang telah dinyatakan di atas...errr...apsala ayat skema nie?

apabila pendekar diberi senjata...maka harus cuak la semua rumput2 kt situ...

mengikut albert einstein...hubungan simbiosis antara guru dan murid akan menghasilkan rak yang berkilat...

artis akademi fantasia juga turut hadir memeriahkan aktiviti bermoral kami....
"td aku nampak macam ada dugong kt dlm air nie...."       
abg long n abg ngah kawasan duk ronda2...eerrr...kutip ufti ye bang?
kita bako...kita bako....
sebahagian mak- mak dara yg datang...em...manis2 semuanye...
aktiviti seterusnya....ngap dan drink...
alhamdulillah....berkat kerja ramai2..semua nya berjalan dengan cuuuunnnn aaahhhh. sebenarnya banyak lg gambar yg boleh diuploadkan...tp rasa mcm xpatut la plak kalo terlalu banyak gambar sampai ke lantai.

p/s: kalo ada masa...moh la kita ramai2 la ke masjid....kat sana ada kolah...

Wednesday 1 May 2013

Mendaki Gunung Kinabalu

assalamualaikum...selamat tengahari n selamat hari buruh utk "kita-kita" semua....
     bebudak...dh ucap trimas belom ngan mak n ayah yg kerja separuh nyawa dan kudrat untuk bg senang sama kamu?kalo belom...silakan....
          ok....meh sini....lagi satu jam nk jejak kol 3 petang...mean ada lagi sejam sebelom aku gerak ke segamat...lepas tu terus ke JB....n besok nya tanpa segan silu akan terus ke sabah. for wat?alhamdulillah... dengan izin-Nya (xlupa mintak izin mok n ayoh)...dan usaha yg teramat lah sedikit...insyaalah esok pagi aku akan mendaki gunung kinabalu...satu gunung yg kiranya dh lama jgk la nk aku "daki" sampai atas. wat?daki?yerk...kuikui...
          jd sementara masih ada masa tp di akui penuh dgn kekalutan nie....rasanya ngam jgk kalo di kongsi beberapa barang yg akan aku bawak bersama masa ke sana. untung la korang barang2 nie suma...ikut naik gunung kinabalu...tp tambang xyah bayar pom...x aci...
          apapom...ucapan tq kepada osemspace kerana sudi menaja perjalanan aku pada kali nie. osemspace nie bagus tau...satu syarikat yg mmberi khidmat web security n segala2 tentang web. syarikat nie gak ada awesome plan marketing yg mmpu mengundang korang utk mendapat sesuatu yg tak terjangka.mau tau lebih lanjut...ok je kalo korang klik kt link tu..moga bisnes syarikat nie makin maju n terus punyai ramai pelanggan. gitu jgk ngan gym yg sedang meningkat maju nie...BodyworkMy kerana menyediakan satu penginapan yg indah utk aku n memember...tocei...tocei...
         

dengar citer kt atas sana tu nnt ter amat la sejuk...maka glove jenis tebal gini amatlah penting juga untuk dibawa. n lebih bai kalo beli yg ada grip...nnt mendaki ada part yg berpaut pada tali..

plastik nie plak tujuan nya adalah untuk kita taruk baju n apa2 saja dalam nya sebelum di susun dalam beg. tujuannya nnt dalam perjalanan ke Laban Rata (check point)..baju2 n apa2 saja yg xyah la korang sebut x akan basah..
       
ini...korang semua biasa nmpk kn?yes...manalah tau kt atas sana nk membuang atau dalam bahasa omputihnya "wanna eas your selve. atas sana dipercayai bahawa airnya terlampau sejuk...

mask yg amat berguna untuk menutup hidung dan mulut...hawa sejuk kat atas mgkin x menyelesakan...sapa tau...


glove nipis nie plak utk buat lapisan kedua setelah pakai sarung tangan kain seperti gambarajah dibawah.

inilah gambarajah dibawah tu

stokin..mau beli yg gebu...sapa xtahan sejuk...lagi mau gebu..

ini baju tebal....dh lama beli...biasa buat naik motor je pepagi...kali nie dh sampai kinabalu ko ye?untung ko nak...
 p/s: mungkin jugak panjat kinabalu nie adalah aktiviti terakhir sebelom gugurnya "title" bujang. lepas nie...meansatu ari nnt...segala aktiviti..mgkin dh berteman...
hoh...amin.....sound macam sedap...



Sunday 31 March 2013

Radio Amatur

          assalamualaikum....selamat malam dan selamat beristirehat...post kali ni..aku nk kongsi sikit tentang apa itu radio amatur...ala...yg biasa kita tgk org cakap2 dlm keta sesorang tu. ianya semacam henpom jgk...tp yg nie lebih kepada  komunity safety..aaa gtu....
          em...2 dari 9 family member aku ada join amatur nie...ayahanda...n kekanda sulong...jd diorg lg terer bila bercerita tentang benda nie. yg aku ckp nk kongsi tentang radio tu td...sebenarnya lebih kepada link...nk cerita banyak kt sini...kot nnt tersalah input plak...
          link yg korang semua bleh rujuk kalo nk tau apa tu radio amatur... mgkin yg nie kot sini & sini.
          untuk ayahanda tersayang...nie gambar arial or antena yang anakanda cerita itu ari... dgr cerita dr tuan punya pemilik antena nie...dia punya kuasa ialah 500...n harganya ...fuhh...free...dia kira nia hadiah kepada ayahanda. anakanda harap ayahanda di rumah dapat rilek2 sambil me"nilik-nilik" gambar yg anakanda poskan melalui blog anakanda yang x seberapa nie...










p/s: ternyata dunia moden ari nie mmbawa kesan yg moden jgk kepada ayahanda...siapa sangka sekarang kita berkirim2 gambar melalui blog saja...."ganah sengoti". maka...ayahanda haruslah pasang satu strymix kt rumah...hehehe...bollley?akhir kata dari anakanda...salam sayang untuk semua ahli keluarga kita...tiada makna hidup kalo tiada keluarga...n sebaik2 lelaki...adalah lelaki yg membuat baik dengan keluarga...