SELAMAT DATANG UTK KORANG...
blog untuk kita semua
Friday, 27 May 2011
selera makan nasik...selera tentang emas...
Monday, 23 May 2011
ari nie...cari peluh...
| pergh...skali kasik perah dlm teh o ais... |
| pokok kedua...biasanya kalo warna hijau cmnie....ada rasa strawberi gtu..ngeeeee... |
Sunday, 22 May 2011
aaaahh...kongsi je la...
Satu risalah kuno India ada menyebutkan Nusantara ini ‘the fabulous Land of Gold’-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan!!!apakah maksud ‘menakjubkan’ itu?eeerr...adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para bangsawan India ini datang n mengatakan “Wow!Menakjubkan!”??gtu ke???x...tentunya kerana terdapat banyak emas kt tempat kita ni.
Dalam sejarah Yunani, Claudios Ptolemy, ahli Geografi Yunani yang belayar ke Nusantara pada abad kedua masihi (165) memanggil tanah melayu sebagai Golden Chersone, yang juga bermaksud semenanjung emas yang berada berhampiran Taprobana (sumatera) didalam teksnya berjudul Geographike Hyphegesis
Pelayar China, I-Tsing (634-713) yang belayar ke Sumatera pada abad ke-7 memanggil kawasan-kawasan sekitar Sumatera sebagai Chin-Chou bermaksud negeri-negeri emas merujuk kepada Kerajaan-kerajaan melayu tua didalam teks pelayarannya.
Mengikut Sejarah siam, Raja Suryavarman II membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas dengan pemimpin Melayu di Raub, Pahang bagi membina Angkor Wat pada pertengahan abad ke 12.
Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata ‘Suwarandib’ ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama ‘Suvarnadwipa’ dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib;Pulau Emas yang menakjubkan itu.
kredit to: hargaemas.com
apa skali pom kgkawan...samada aku or korang...sedar lah...gelaran emas yg pelayar seluruh dunia label...ada sbb...n mmg ada umph!!kn ke dulu kita org melayu pernah membina empayar kita sendiri??bermakna...kita bkn satu kaum yg lemah n hanya tau bergaduh!!percaya lah...dlm keadaan skrang..kita perlukan seseorg sebagai suis..atau obor..yg bleh memandu org diblakang...time malam2 gtu!!mgkin gak org tu...adalah korang..
Friday, 20 May 2011
terbaik nyer info..
kreadit to
rayyan alfateh/pelabuhan emas.com
Sejarah Duit!
Salam...melawat blog saudara emas iaitu (institut emas), saya amat tertarik dengan cerita dan fakta yang dihuraikan dalam topik "Sejarah Duit". Kali ini saya ingin mengajak anda semua berkongsi ilmu yang bermanfaat ini.
salam.
Hari ini ramai yang menyebut istilah duit tanpa menyedari perbezaan yang ketara antara 'wang' dan 'matawang'.
Wang atau dalam bahasa inggeris adalah 'money' manakala matawang adalah 'currency'.
Tetapi oleh kerana, budaya dan bahasa kita yang biasa menyebut duit semata, kita tidak sedar kedua istilah Money & Currency adalah berbeza dari segi istilah dan nilainya.
Oleh itu, mari kita kupas isu sejarah duit ini dengan lebih mendalam. Sebelum itu, kita kena ketahui juga apa yang dimaksudkan dengan duit. Secara ringkasnya, duit ialah satu medium pertukaran kepada barangan atau perkhidmatan, dengan memegang sekian nilai yang dipersetujui oleh kedua pihak pelanggan & peniaga atau pembekal perkhidmatan.
Sejak beribu tahun yang lepas, manusia sudah menggunakan emas & perak sebagai asas pertukaran. Duit asal manusia adalah logam bernilai seperti emas & perak kerana keduanya mempunyai sifat dan nilai intrinsik yang kekal secara semulajadi. Berbanding kulit siput cowry atau logam besi yang tidak berjaya kerana kelemahan mampu dibinasakan, emas & perak mendapat tempat di hati datuk nenek moyang kita sejak beribu tahun yang lepas sebagai wang atau duit. Ini kerana sifat emas yang berkilauan dan cantik, menyebabkan sesiapan sahaja akan bersetuju untuk menukarkan barang mereka atau memberikan perkhidmatan kepada pemiliknya. Begitu juga dengan logam putih, perak yang berkilauan.
Syiling emas pertama wujud sebagai duit di dunia ialah syiling 'the lydian lion' oleh kerajaan purba lydia.
![]() |
| Lydian Lion (depan) |
![]() |
| Lydian Lion (belakang) |
![]() |
| Syiling perak yunani |
![]() |
| Syiling emas Rom |
![]() |
| Syiling perak Rom |
![]() |
| Dinar emas tamadun arab lama |
| Dirham perak tamadun arab lama |
![]() | ||
| Syiling emas nupam Kerajaan India lama |
Sistem wang emas & perak ini kekal beberapa kurun lamanya di dunia di pelbagai tamadun.
Di tamadun china, wujud wang tahil emas & tahil perak. Semua dagangan dunia pada masa itu adalah dalam emas dan perak sebagai medium utama pertukaran. Emas & perak adalah wang pada masa itu.
Di tamadun china, wujud wang tahil emas & tahil perak. Semua dagangan dunia pada masa itu adalah dalam emas dan perak sebagai medium utama pertukaran. Emas & perak adalah wang pada masa itu.
Kemudiannya, di akhir tahun 1700an dan sekitar awal tahun 1800-an, konsep mula berubah sedikit. Oleh kerana membawa wang (emas & perak) yang banyak ke sana sini adalah agak sukar, manakala menyimpannya di rumah masing-masing semata-mata agaklah membimbangkan.
Jadi, wujud konsep bank pertama di dunia, apabila pihak mereka menawarkan untuk menyimpan wang orang ramai di tempat mereka. Sebagai ganti, mereka akan isukan kertas bertulis IOU yang mewakili wang penyimpan-penyimpan tadi sebagai ganti. Seumpama surat yang mewakili wang mereka. Surat atau kertas bertulis yang mewakili emas & perak.
Surat itu bernilai kerana adanya simpanan sebanyak mana emas & perak di simpanan bank tadi. Bank ini bermula di tempat-tempat tukang emas yang mempunyai bilik kebal serta kuil-kuil atau gereja-gereja lama yang mempunyai struktur bilik yang kukuh serta selalu dikunjungi orang ramai. Atas keselamatan inilah, ramai orang mula menukarkan wang mereka kepada kertas yang mewakili emas & perak masing-masing. Tapi manusia pada waktu ini masih belum lupa bahawa, wang yang sebenar masih lagi emas & perak.
![]() |
| Antara IOU kertas terawal yang mewakili 'duit sebenar' emas & perak, 1779. |
Kemudian beberapa siri perwakilan wang dan kertas IOU berlaku di seluruh dunia. Manusia mula membawa kertas-kertas ini untuk membeli dan berdagang.Jika mereka ingin mendapatkan wang yang sebenar, mereka hanya perlu pergi menuntutnya di bank-bank berkenaan yang menyimpan emas & perak, iaitu wang sebenar.
Dipendekkan cerita, wang yang diwakilkan dengan kertas ini boleh digelar matawang kertas. Kerajaan US adalah antara peyimpan emas & perak terbesar dunia mula mencetak matawang USD dengan nisbah rizab emas & perak yang mereka ada.Matawang ini digelar 'Silver Certificate' dan "gold Certificate' kerana not kertas dollar itu tidaklah bernilai melainkan adanya perak & emas. Not kertas USD hanyalah sijil kertas yang mewakili wang yang sebenar, emas & perak.
![]() |
| 1 Silver Dollar (depan) |
![]() |
| Silver certificate yang mewakili perak (1868-1957) |
![]() |
| 10 dollars in Gold Coin (depan) |
![]() |
| Gold Certificate yang mewakili emas (1863 -1928) |
![]() |
| USD pada hari ini. |
Jika, kita perasan, di not-not USD ini ada tertulis perkataan 'gold certificate' dan 'silver certificate'. Malah ianya tidak terus dipanggil dollar, tetapi 'silver dollar' atau 'gold dollar' atau 'in gold coin'. Perkataan yang paling utama pada not-not ini ialah pada bahagian bawahnya, iaitu, "PAYABLE TO THE BEARER ON DEMAND". Maksudnya, sesiapa sahaja memegang not-not ini boleh pergi menuntut emas & perak mereka di bank.
Pada waktu itu, sebelum 1933, sesiapa sahaja yang memegang not USD ini boleh menukarkan not kertas mereka dengan emas & perak di kaunter-kaunter bank. Ini jelas menunjukkan intergriti wang sebenar masih boleh dimiliki oleh orang ramai.
Namun, sejarah sentiasa berubah dan diubah oleh kerajaan US kerana, berlakunya beberapa siri peperangan yang besar, yang menyebabkan mereka terpaksa mencetak USD melebihi rizab sebenar emas & perak yang mereka ada. Ini menyebabkan berlakunya inflasi yang tinggi serta susut nilai matawang USD sertas matawang-matawang lain seluruh dunia khususnya akibat percetakan yang berleluasa sehingga ke hari ini.
Mari kita lihat kronologi utama sehingga, matawang kita hari ini tidak lagi bersandarkan pada emas & perak (wang yang sebenar) tetapi hanyalah cetakan atas angin yang teruk dibaham inflasi.
1914 - piawai emas dibatalkan kerana Perang Dunia I, percetakan USD lebih banyak dari simpanan emas yang dimilikinya.
1929 - Kemelesetan ekonomi dunia, USD20=1oz
1933 - FD Roosevelt menetapkan USD35 = 1oz Emas.
(april 1933 – act to prohibit citizen keep gold)
1941 - Perang Dunia II
1944 - Perjanjian Bretton Woods & IMF diwujudkan.
Memilih hanya USD boleh tukar untuk emas. Kerajaan sahaja (bank pusat) yang boleh tukar kepada emas & perak, dan orang perseorangan tidak boleh. Mereka janji 1oz emas untuk setiap $35
1960 - Perang Vietnam - USA
1970 - USA menanggung defisit hutang melebihi USD37 billion
1971 - Presiden Richard Nixon membatalkan sepenuhnya piawaian emas dan USD. Tidak lagi boleh tukar USD – Emas.
1971 sehingga sekarang, USA boleh mencetak USD sewenang-wenangnya secara atas angin.
![]() | |
| Susut nilai berlaku dengan lebih pantas apabila cetakan USD semakin laju dan banyak tanpa kawalan secara atas angin dan tidak bersandarkan pada emas & perak. |
p.s: Jadi anda sudah faham kenapa duit fiat hari ini susut nilai. Kerana ianya matawang yang tidak bernilai. Hanyalah kertas yang dicetak dan dikuatkuasakan bernilai sahaja. Tiada emas & perak disebaliknya. Oleh itu, masih mahu simpan matawang?! Simpan lah wang sebenar dan bukan matawang. Simpan emas & perak.
Simpan duit = simpan emas & perak.
Tuesday, 17 May 2011
aaa....dapt cuti lg satu ari..
sempoi jgk kalo bleh ikut skali.....
ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,,,
ku lari ke pantai kemudian teriakku,,,
sepi...
sepi dan sendiri,,,
aku benci!
ingin bingar,,,
aku mau dipasar,,,
bosan aku dengan penat,,,
enyah saja kau pekat,,,
seperti berjelaga jika ku sendiri...
pecahkan saja gelasnya biar ramai,,,
biar mengadu sampai gaduh!!!
ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang ditembok keraton putih,,,
kenapa x goyangkn saja locengnya biar terdera???
atau aku harus lari ke hutan,,,
belok ke pantai???
bosan aku dengan penat,
dan enyah saja kau pekat,
seperti berjelaga jika ku sendiri...
bosan aku dengan penat,,,
dan enyah saja kau pekat,
SEPERTI BERJELAGA JIKA KU SENDIRI...
ku lari ke pantai kemudian teriakku,,,
sepi...
sepi dan sendiri,,,
aku benci!
ingin bingar,,,
aku mau dipasar,,,
bosan aku dengan penat,,,
enyah saja kau pekat,,,
seperti berjelaga jika ku sendiri...
pecahkan saja gelasnya biar ramai,,,
biar mengadu sampai gaduh!!!
ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang ditembok keraton putih,,,
kenapa x goyangkn saja locengnya biar terdera???
atau aku harus lari ke hutan,,,
belok ke pantai???
bosan aku dengan penat,
dan enyah saja kau pekat,
seperti berjelaga jika ku sendiri...
bosan aku dengan penat,,,
dan enyah saja kau pekat,
SEPERTI BERJELAGA JIKA KU SENDIRI...
nie...ada lg skit info ttg duit kertas kita...
Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri.Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya,tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama.Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada " SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10.
Pada tahun 1976,langkah keselamatan tambahan,iaitu imej pendam(latent image) telah digunakan,dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut.
_b.jpg)
Pada awal tahun 1982,wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru.Tan Sri Aziz Bin Hj.Taha.Pada 1 September 1982,BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500.
![]() |
Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia.Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama.Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota,saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu.
Pada Februari 1996,BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM).
Justeru,mata wang jenis nilai RM1,RM5,RM10,RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru, selepas krisis ekonomi pada tahun 1998.
RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.
Tidak lama kemudian,disebabkan munculnya duit syiling RM1 yang palsu,mata wang ini diberhentikan penggunaannya
Bayangkan kalau ada orang simpan lagi note RM500 ataupun RM1000 sampai sekarang? Pastu gi kedai nk beli gula sekilo. Agak2 apa reaksi org kedai tu agaknya?
Kesimpulannya? Korang pikir2kan...kredit to gua emas.com
Monday, 9 May 2011
tahniah utk korang yg minat..
Zakat Emas Perhiasan
Syarat-syarat:
1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.
Kadar = 2.5%
Uruf = Nilai minima yang dibenarkan untuk dipakai. Berbeza mengikut negeri. Perlu rujuk ke Pejabat Agama Negeri. Jika jumlah emas perhiasan yang dimikili kurang dari nilai uruf, maka tidak dikenakan zakat.
Kaedah Pengiraan:
1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.
2. Nilai uruf yang diambil 100gm
Contoh:
(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)
Jan - 110gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 130gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm
Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 110gm. Terdapat 2 kaedah pengiraan.
Kaedah 1: Pengiraan kesemua emas perhiasan
110gm x nilai emas semasa x 2.5%
Kaedah 2: Pengiraan emas perhiasan tolah uruf
(110gm -100gm) x nilai emas semasa x 2.5%
Zakat Emas Simpanan Syarat-syarat:
1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.
Kadar = 2.5%
Kaedah Pengiraan:
1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.
Contoh:
(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)
Jan - 100gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 100gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm
Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 100gm. Maka zakat yang perlu dikeluarkan ialah
100gm x nilai emas semasa x 2.5%
Skali lg...disamping kita menyimpan emas, zakat jgn dilupakan sebab zakat menyucikan harta n dapat mengukuhkan ekonomi org islam.
Syarat-syarat:
1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.
Kadar = 2.5%
Uruf = Nilai minima yang dibenarkan untuk dipakai. Berbeza mengikut negeri. Perlu rujuk ke Pejabat Agama Negeri. Jika jumlah emas perhiasan yang dimikili kurang dari nilai uruf, maka tidak dikenakan zakat.
Kaedah Pengiraan:
1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.
2. Nilai uruf yang diambil 100gm
Contoh:
(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)
Jan - 110gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 130gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm
Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 110gm. Terdapat 2 kaedah pengiraan.
Kaedah 1: Pengiraan kesemua emas perhiasan
110gm x nilai emas semasa x 2.5%
Kaedah 2: Pengiraan emas perhiasan tolah uruf
(110gm -100gm) x nilai emas semasa x 2.5%
Zakat Emas Simpanan Syarat-syarat:
1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.
Kadar = 2.5%
Kaedah Pengiraan:
1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.
Contoh:
(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)
Jan - 100gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 100gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm
Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 100gm. Maka zakat yang perlu dikeluarkan ialah
100gm x nilai emas semasa x 2.5%
Skali lg...disamping kita menyimpan emas, zakat jgn dilupakan sebab zakat menyucikan harta n dapat mengukuhkan ekonomi org islam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak ada seorang pun yang mempuyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya.”
Riwayat Muslim.
![]() |
| kita xlupa punya...xgtu kgkawan?? |
sumber: gua emas.com
Saturday, 7 May 2011
selamat hari ibu...mesti syg ibu kita..juga mesti syg ibu kpd anak2 kita (isteri)..
Monday, 2 May 2011
smlm...dan ari nie...
8 Sebab Mengapa Kita Perlu Beralih Kepada Emas
| EMAS | WANG KERTAS |
| · Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah 1 dinar. Pada zaman sekarang pun masih 1 dinar seekor. Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM660.00. (1 Dinar = 4.25gm). | · Setiap hari susutnilai. Satu ketika dahulu contohnya, matawang Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.00. Dulu nilainya lebih tinggi. |
| · BERNILAI kerana ia mempunyai nilai tersendiri. | · DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja. |
| · Laku di seluruh dunia pada setiap masa. Orang Kemboja yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau. | · Laku pada waktu aman sahaja. Contoh depan mata ialah Iraq, dimana selepas kejatuhan Saddam, wang kertas negara tersebut terus tiada nilai. |
| · Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2002 ialah 68 dinar tapi pada tahun 2010 hanya perlu 19 dinar sahaja. Jadi kita tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai. | · Kalau kita menabung bentuk duit, nescaya kita perlu tambah lagi wang kita walaupun kita nak pergi seorang saja. |
| · Kebanyakan ilmuan ekonomi adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini. | · Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100.00 - RM200.00. Jangan malukan diri kita lagi. |
| · Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas. | · Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas. Dijangkakan matawangnya akan terus terjejas. |
| · Peningkatan purata 25% setahun tanpa susutnilai. Rujuk www.kitco.com | · Susutnilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%. Tapi ramai tak nampak..yang kita nampak kertas kita makin banyak. |
| · Sukar untuk memanupulasikan harga kerana ia memang berharga. | · Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah kita jika RM100,000.00 kita di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit kita menjadi RM100.00 saja! Tidak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.. |
sumber : saudagaremas.com
agak ada sebab nie...
td...aku n member...dr smlm dh sama2 plan..nk pekena patin masak asam pedas kt satu tempat..kira masyuk selera gak ah kt situ..dia nyer masak pom best!!jd dengan harapan yg tinggi..aku n mmber terus je berangkat...sebelum maghrib..solat??kt masjid tgh jalan je...dh slalu mmg cmtu pom!!skali baru masuk 15 km...blacky2(nama aku nyer keta) out of servis...xjln terus...ada rasa cuak gak..kt tengah hutan kena cmtu...pelik betul!!skali 3 jam nunggu..br aku tau...ada barang rosak..nk kena tukar...sah rabak lg bulan nie!!eemmm....ada sebab tu..pasti ada sbb knapa time mcm nie aku sangkut!!mgkin gak kalo bkn skarang...bnda nie jd time aku balik kg..or time nk kena setelkan hal urgent..lagi parah...xgtu kgkawan???apapom..alang2 aku dh alami kes keta mati tetiba nie..aku nk berpesan2 skit...samada utk korang..n diri aku sndiri..cek enjin keta kita!!mana tau ank2 or org yg kita syg sakit tetiba n nk kena antor ke hospital mlm nie..kita dh pom sedia berkhidmat..jiwa dan raga..fizikal n mental..tggungjawab tu!!ohoi blacky2...esok...ko masuk bengkel...tp mlm nie..aku taruk lu ko nyer gmbor!!!emm...mmg kongsi citer kita...
| blacky2 berlatar belakangkan aku nyer laman umah...nostalgia... |
| berkabushbush...sejut tei..... |
Subscribe to:
Comments (Atom)




















-donatedrs_f.jpg)

-donatedth_f.jpg)
-donatedth_f.jpg)

-donatedth_f.jpg)



