SELAMAT DATANG UTK KORANG...

blog untuk kita semua

Sunday, 12 June 2011

slamat tiba di rumah...tp apsal kepala kena serang??

alhamdulillah...dh slamat pom smpai umah...jauh gak pjalanan dr KB ke MUAR ghopanya...xprasan pom sblm nie...hehe!!!aku smpai umah lebih kurang kol 10 mlm...smpat nengok final piala FA...sparuh masa kedua kt umah...sparuh masa ptama...layan dlm keta!!!kadang pk..tengok beriya...tp kalah gak...hampeh betul...tu sbb sia2 kn peluang la...main2...lain kali msti mau igt nie red worior!!nie aa....sama cm dlm vidoe klip nie...sbb sia2 kn peluang...beliau terlepas satu bunga..dh tu...mau-mau plak...dh..time tu br nyesal!!!emas????aaaa....pom bleh terlepas gak kalo xkejar dari sekarang...sebb umum tau...ko n aku pom sama2 tau kgkawan...harga makin mningkat...cuma skang nie ada turun naik skit..tggl lg kita yg nk kena bijak mmilih time yg cun..n jgn lepaskn pluang...karang....em...terpulang pada diri kita sndiri!!!argh...korang lyan lagu nie...n biarkan aku berehat jap...badan xbrapa nk chat...kpala kena serang..berat smcm je!!!yok....kongsi je...

Monday, 6 June 2011

alamak....lupa nk taruk tajuk td...

aaa....dh rapat...rapat...rapat pom ke pukul 12 tghari!!aku plak...dh setel kn satu cangkir kopi...sama biskut org keje kawen...terus je layan entenet...sesaja merilekkan diri!!tetiba....hah???aku ada baca satu post ttg inflasi...kebetulan plak harga barang dlm negara tercinta ni pom dh nk start mlompat...n mana negara lain yg dh terkesan ngan perkataan tu..kiranya kalo pada aku...mnarik!!!post yg aku baca...n skang nie korang plak ngah baca...adalah dari blog saudara emas kita (institut emas)!!!em....meh kgkawan..kita baca..n pk...n kaji...n wt penilaian sendiri...masing2 dh besar gtu!!igt...xde sapa pom bleh paksa kita beli apa yg kita x mau..xgtu???aku...dh!!n skang...aku mnyaran kn korang plak kgkawan..beli emas..itu kalo ada cash yg xterusik yg korang simpan!!aaarrgghhh....baca la sndiri...hehehe!!!!jom kongsi citer kita...selagi mana bnda "lagu" nie bawa kebaikan!!!aku...korang...kita...lagi skali aaaaarrrgghhhh ...sama...

'Jutawan Fakir'

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Jutawan fakir. 

Erm...bunyi macam sebuah cerita melayu yang dilakonkan oleh Saiful apek itu kan. Pernah menontonnya?! Baiklah ianya berkisar tentang seorang yang sangat 'pokai' tiba-tiba menemui duit yang banyak, lalu bermimpi hidup senang sebagai seorang jutawan, walhal dirinya masih seorang yang tidak berduit. Seronok menonton cerita tersebut. Walaubagaimanapun, bukan niat saudara emas untuk berkongsi cerita tersebut dengan pembaca semua. Hanya tajuk cerita itu berkebetulan sama dengan artikel yang saudara emas fikirkan buat kali ini. =)

Baiklah. Pernahkah anda terfikir akan seorang yang bergelar jutawan tetapi dia sebenarnya tidak kaya?! Seorang jutawan yang tidak mampu untuk memiliki kesemua kehendaknya dalam berbelanja?! Seorang jutawan yang duitnya berjuta tetapi tidak mampu untuk membeli makan & minum serta pakainya?! Seorang JUTAWAN FAKIR!

Pelik bukan?! Selalunya jika seseorang itu telah bergelar jutawan, sudah tentulah duit yang dimilikinya sudah mencecah paling kurang, sejuta ringgit atau RM 1,000,000,000 atau lebih. Jadi mengapa harus seorang jutawan yang berduit tidak mampu membeli apa saja yang dikehendakinya. Jawapannya ialah kesan inflasi.
Post saudara emas masih berkisar tentang topik inflasi dan kali ini, saya telah melakar beberapa contoh visual dan carta pie supaya anda lebih faham akan maksud yang cuba disampaikan tentang krisis matawang dan inflasi ini. Seperti yang telah dibincangkan dalam post terdahulu, matawang fiat yang tidak bersandarkan pada emas dan perak, telah menyebabkan inflasi teruk berlaku , ke atas setiap matawang di dunia ini dan seterusnya krisis matawang dan tekanan ekonomi global. Wang fiat terus dicetak sewenang-wenangnya oleh pihak kerajaan yang menguatkuasakan matawang tersebut menyebabkan inflasi dan mengurangkan kuasa beli pada matawang fiat. Di Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) bertanggungjawab dalam menghasilkan wang fiat ini dan ianya dikenal sebagai Ringgit Malaysia (RM).

Cetakan dan pengeluaran RM setiap tahun oleh BNM kian bertambah dalam gandaan yang sangat banyak. Ini menyebabkan pengaliran keseluruhan matawang RM dalam pasaran tempatan dan dunia semakin bertambah. Seterusnya menyebabkan nilai matawang itu dalam konteks kuasa beli pengguna mengecil. 

Baiklah, untuk memudahkan lagi penjelasan akan isu ini, di bawah adalah merupakan antara contoh ringkas bagaimana, hubungan cetakan RM secara fiat (dihasilkan secara atas angin) yang berleluasa, kuasa beli, peratus penyusutan nilai dan inflasi terhasil. 

Contoh, 

Katakan terdapat tiga individu yang masing-masing mempunyai jumlah wang simpanan yang seperti berikut pada tahun 2000,

1- Seorang Jutawan, RM 1,000,000
2- Orang Sederhana, RM 500,000
3- Orang Miskin, RM 50,000

(nota: jumlah keseluruhan matawang negara adalah lebih tinggi dan besar dari RM 5juta namun, ini hanyalah contoh ilustrasi untuk kefahaman anda)

Sekiranya, jumlah keseluruhan RM dalam pengaliran wang di Malaysia yang telah dikeluarkan oleh BNM pada tahun 2000 adalah sebanyak, RM 5,000,000.00 , maka carta pie adalah seperti berikut:

Si jutawan menguasai ekonomi Malaysia sebanyak 15.27%, manakala si sederhana sebanyak 7.63% dan si miskin hanya 0.76%
Lima tahun kemudian, dengan beranggapan bahawa, BNM mencetak dan mengeluarkan wang sekali ganda lebih banyak untuk diagihkan dan diguna penduduk Malaysia. Maka, jumlah keseluruhan RM dalam pengaliran wang di Malaysia yang telah dikeluarkan oleh BNM pada tahun 2005 adalah sebanyak, RM 10,000,000.00 , maka carta pie adalah seperti berikut:

Kuasa beli dan dominasi setiap rakyat semakin menurun, di mana peratus penguasaan si jutawan ke atas ekonomi Malaysia telah berkurang kepada 8.66%, si sederhana 4.33% dan si miskin semakin tertekan dengan 0.43% sahaja.

Keadaan telah menjadi lebih teruk pada 10 tahun kemudiannya, di mana  BNM telah mencetak dan mengeluarkan wang sekali ganda lebih banyak untuk diagihkan dan digunakan penduduk Malaysia. Maka, jumlah keseluruhan RM dalam pengaliran wang di Malaysia yang telah dikeluarkan oleh BNM pada tahun 2010 adalah sebanyak, RM 100,000,000.00 , maka carta pie adalah seperti berikut:

Si jutawan hanya menguasai 0.98% , si sederhana berkurang kepada 0.49% dan si miskin yang kian terdesak dengan hanya 0.05% keseluruhan ekonomi negara akibat jumlah RM yang bertambah dengan pesatnya mengakibatakn inflasi teruk.
Walaupun contoh yang diilustrasikan seperti di atas ini tidak tepat, namun itulah hakikat sebenarnya tentang matawng fiat yang kita semua percaya semenjak dari kecil. Dalam contoh ini, saya tidak mengambilkira faktor penambahan atau pengurangan simpanan masing-masing. Dengan hanya beranggapan ketiga-tiga individu tersbut lansung tidak menyentuh wang simpanan mereka itu semenjak dari tahun 2000, 2005 sehingga 2010. Peratus kuasa beli mereka berkurang dengan begitu banyaknya. Bagaimana pula sekiranya mereka menggunakan wang simpanan tersebut dengan berbelanja?! Sudah tentulah peratus kuasa beli mereka di tahun 2010 menjadi lebih kecil dari apa yang saya bentangkan ini.

Sahabat-shabat sekelian, tahukah anda Federal Reserve di US mencetak duit dengan lebih banyak bagi menampung defisit atau hutang negara 'uncle jack' itu yang semakin bertambah setiap saat, minit, hari, minggu, bulan dan tahun?! Begitu juga RM yang dikeluarkan oleh BNM saban hari. Ini kerana RM dan begitu juga matawang lain di dunia ini telah diikat dengan matawang USD. Oleh itu, setiap kali Amerika Syarikat mengalami krisis eknonomi, global turut merasakan bahang tekanan ekonomi tersebut. 

Matawang kertas fiat adalah suatu matawang yang lemah.  Apabila kerajaan giat mencetak dan mengeluarkan duit baru ke dalam pengaliran ekonomi negara dengan alasan ia adalah suntikan rangsangan ekonomi dan mengukuhkan lagi ekonomi tempatan. Namun, apa yang sebenarnya berlaku hanyalah inflasi, matawang susut nilai dan kuasa beli. Sejarah telah membuktikan banyak matawang negara-negara tertentu yang tumbang akibat inflasi. Terbaru adalah negara Zimbabwe, di mana Zimbabwean dollarnya telah lumpuh dek inflasi. Kerajaan Zimbabwe yang terpaksa mencetak lebih banyak wang untuk menampung hutang negara telah menyebabkan rakyatnya menderita. 


Add caption
Kerajaan mencetak duit dengan banyak sehingga terpaksa mengeluarkan not kertas 100 billion. Namun, ianya hanya boleh membeli 3 biji telur ayam sahaja.


Duit berpuluh juta hanya mampu untuk beli gula-gula


Duit yang banyak di bawa secara terang-terangan pun tidak lagi menjadi satu ancaman rompakan kerana ianya umpama tisu tandas yang tidak lagi bernilai.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Walaupun negara kita masih lagi stabil, namun dengan kadar inflasi dan kenaikan harga yang saban hari meningkat kini, tidak mustahil RM dan Malaysia juga akan mengikut jejak langkah negara-negara ini. Lambat atau cepat, hanyalah 'It's a matter of time'. Jadi berubahlah kepada simpanan emas sekarang sebelum terlambat. Masa itu emas. Wallahualam~~

Thursday, 2 June 2011

dh nk abis cuti mggu pertama..tiggal lg seminggu...

hoh....dh nk abih pom minggu pertama cuti sekolah..tinggl lg satu mggu...ye x???Bila dah musim cuti sekolah cmni...korng pom tau...mean bermulalah musim orang kahwin!!n Bila dah tiba musim kahwin...emas menjadi pilihan sebagai cincin..barang hantaran ataupon mas kahwin!!Boleh dikatakan setiap insan bergelar perempuan ingin menggunakan emas sebagai duit hantaran!!Klaulah sebelum ni aku tau ada emas Public Gold ni..mmg dah lama aku beli n smpan...hantaran kawin utk dia!!!sapa...sapa???uih...mstilah tentang seseorang...penenteram ati aku....hhheeeeee!!!jd kt bwh nie ada beberapa contoh...mari kita tgk..

kredit to: guaemas.com





So aku cadangkan kepada korang yang akan mendirikan rumahtangga kelak..apa kata kita tukar duit hantaran / mas kahwin kita dari bentuk wang kertas ke bentuk jongkong emas / dinar emas..Mesti seronok punya!!!kalau mak mertua / bapak mertua tengok....“ada gaya :) “ ckp ko...mleleh!!Kalau nak best lagi masa kad nikah tu  jangan sebut ringgit malaysia tapi sebut dinar.... hehe!!!Insya Allah emas ni akan datang...bila harga dah naik korang bole la gadai ke..jual ke utk kegunaan bila masa diperlukan / kesempitan!!aaaaa....apa pom....Selamat Pengantin Baru kepada sume yg bakal mendirikan rumahtangga dan Selamat Bertunang utk sume yg bakal bertunang!!!kalo ada yg nk beli emas...dinar or barang kemas....leh roger aku...n insyaallah...aku akn kongsi...stakat apa yg aku tau!!!jom.....ni pom salah satu citer kehidupan kita....kawen!!!hhuuuu...nk kawen gak....

nengok arnab...gebu aaaahhh...

semalam....aku g jalan2....saja nk abiskan cuti...smntara nk "areachable time" balik kg!!skali aku gerak ke satu tmpat...tmpat sorg brader bela arnab...uih...byk mcm pesen jenis!!ada arnab mini...ada jenis karpet...aku pom xbrapa nk paham...bnyk sangat!!n korang pom kgkawan...kalo ada rasa nk beli arnab...leh je aku kongsi alamat brader nie...kasik bantu sesama kita berniaga..katanya harga arnab beliau leh lagi kalo nk nego2...kt muar nie!!aaaa....post kali nie plak...cantik gak rasanya kalo aku taruk gmbar aku ngan arnab...mmber aku pom ada skali tu...engku fakhri namanya!!engku fakhri..."tabik"an khas dari aku utk ko bro...sbb berjaya mnukar smpanan ko kepada bentuk emas...aset yg xterpengaruh oleh inflasi!!n mdh2an bila ko nk kawen nnt...aku dpt tempias pahala nya skali...hahah!!!kgkawan yg lain...jom kaji2 ttg emas...n khidupan!!!xnk??xmengapa...tp jom...kongsi citer aku...n gmbr arnab2 gebu yg aku ckp td...


hoh....nie baru satu reban

arnab nie tersadung kn???

aaa....nie la mmber aku..jd terus dia beli arnab nie...